Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Ringkas Asas Grafik

Assalamualaikum...
jom baca nota saya jap.. tajuk hari ni asas grafik tau,,


Asas grafik merupakan satu ilmu yang sangat berguna untuk dipelajari. Terdapat lima asas grafik iaitu Mudah,Kesesuaian, Keseimbangan , Teks dan Warna. Hari ini saya nak buat nota sikit lah...

Mudah

  •  asas grafik mudah ini sesuatu benda yang senang untuk kita tengok atau sesuatu yang boleh di ukur. 
  • contohnya kita melihat gambar sebuah botol di atas meja.


Keseimbangan

  •  Melibatkan kedudukan imej itu. gambar yang diambil perlu sama keluasanya antara kiri dan kanan , serta atas dan bawah. supaya gambar itu tidak berada dalam kedudukan yang sepatutnya. 
  •  Contohnya kedudukan pasu bunga di atas meja. pasu itu perlu berada di tengah-tengah titik fokus sebelum gambar diambil.


Kesesuaian

  •  Setiap imej yang terhasil perlu bersesuaian dengan tempat dan konsepnya supaya gambar yang diambil akan kelihatan lebih harmoni. 
  • contohnya sekiranya kita model telekung solat amat la tidak sesuai jika kita jadikan tempat-tempat hiburan sebagai gambar latar belakangnya. sepatutnya kita ambil kawasan-kawasan yang lebih bersesuaian.


Teks

  •  Seterusnya,  penggunaan teks. penggunaan teks seharusnya dipilih secara bijak agar setiap maklumat yang hendak disampaikan boleh difahami oleh pembaca.
  •  contohnya jika majlis rasmi elakkan daripada menggunakan tulisan yang terlalu berangkai sehingga menyukarkaan pembaca untuk menyampaikan maklumat. 
  • Mungkin tulisan-tulisan seperti Times New Roman lebih sesuai.


Warna

  • Penggunaan warna juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat orang ramai. kekuatan warna dalam asas grafik boleh membuatkan sesuatu itu lebih menarik.
  • Contohnya, gambar iklan  makanan. 
  • Untuk menarik pembeli untuk mendapatkanya, penggunaan warna sangat penting kebiasaan warna seperti jingga dan merahdapat menarik perhatian pelanggan.



di situ sahaja daripada saya...jumpa di nota kedua pula ,,,

sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: FacebookKu FacebookMu Jua

Haiii assalammualaikum,,, apa khabar semua,,, baik lama dah rasa tak kemaskini blog ini apa-apa pon kali ni ade tugasan baru pula, , tau tak...