Wednesday, December 12, 2018

BBM3410/18: FacebookKu FacebookMu Jua

Haiii assalammualaikum,,, apa khabar semua,,, baik lama dah rasa tak kemaskini blog ini apa-apa pon kali ni ade tugasan baru pula, , tau tak hari ni kami kena muatnaik gambar kat Fb pulak,, hari tu kat Ig,,  kalau tak percaya korang cari la kod subjek tu kat ig,,, tengok la gambar-gambar nya,,caya lah  tak larat la korang nak tengok seme tu,   hahahaa,  korang mesti tertanya-tanya kan siapalah prof kami yang selalu disebut-sebut tu,,, meh aku perkenalkan,,

Mempersembahkan  (bunyi gendang sikit)  pandai-pandai la korang buat bunyi gendang sendiri,,     Prof yang comel.. 😊😊

                                                                    Ni la prof kami, 


               Suka tengok kulit Prof hehee.. Tak de jerawat or parut pon,,  apa rahsia,, ,



Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum,,,

sekarang ini jom kenali apa itu video tanpa wajah.

Tidak melibatkan wajah

  • Wajah tidak dibenarkan masuk sesama sekali dalam video ini. jalan cerita hanya difahami melalui pergerakan anggota badan yang lain contohnya tangan, kaki dan lain-lain. 
  • jika anda tidak mahu jadikan anggota badan sebagai fokus utama, anda boleh mengambil benda untuk dijadikan bahan utama dalam penceritaan itu.


pergerakan kamera

  • kamera boleh digerakan ke pelbagai sudut dan ianya tidak terhad kepada satu tempat sahaja. pegerakan kamera bebas untuk memudahkan penyampaian jalan cerita itu.







BBM3410/18: Video One Shot.

Assalamualaikum
nota seterusnya video one shot.

video one shot.

  • Terdiri daripa i layer,  dua layer,dan tiga layer
  • Video one shot  melibatkan kedudukan kamera sahaja. kedudukan kamera perlu berada di satu tempat sahaja.
  • Jadi penyanyi atau pelakon perlu bergerak ke arah kamera tersebut.
  • Tidak dibenarkan untuk mengedit video tersebut kecuali untuk memberi penghargaan kepada lagu atau karya asal seseorang penyanyi itu.
  • Video One Shot juga tidak boleh diberhentikan ditengah-tengah rakaman. 
  • Video seharusnya berjalan sepanjang lagu itu dipasangkan.
  • Setiap jalan cerita perlu dirancang dengan teliti agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.




sekian terima kasih.


BBM3410/18: Apa itu Papan Cerita .

Assalamualaikum kali ni saya hendak kongsi sikit mengenai papan cerita

 Awal penceritaan

  • Papan cerita dibuat untuk menentukan jalan cerita sesebuah drama atau sebagainya. dalam lakran papna cerita , penggunaan warna juga sangat membantu orang ramai untuk memahami jalan cerita.


 Memiliki muka hadapan.

  •  Muka hadapan ini akan ditulis nama produk dan nama sesuatu organisasi itu. contohnya nama organisasi itu produksi satu kosang dan di bawahnya akan diletakan gambar produk seperti bag, baju, kasut dan lain-lain bergantung kepada apa organisasi itu hendak hasilkan.


 halaman kedua

  •  diletakan nama dagang, jenis-jenis barang yang hendak dijual dan sedikit kata-kata daripada pihak editor sekiranya perlu.


Halaman ketiga hingga ke sembilan

  • Ini jika papan cerita itu dibuat sebanyak 10 keping. Halaman ketiga akan diisi dengan gambar-gambar atau lakaran jalan cerita yang hendak disampaikan. 
  • Contohnya, jenis-jenis bag tangan. Jadi di halaman ini akan direka beberapa jenis beg tangan yang dikeluarkan oleh syarikat itu.


 Halaman yang terakhir sekali,

  •  Mengandungi  koleksi produk-produk keluaran terbaharu dan alamat yang boleh dihubungi.



BBM3410/18: Nota Ringkas Asas Grafik

Assalamualaikum...
jom baca nota saya jap.. tajuk hari ni asas grafik tau,,


Asas grafik merupakan satu ilmu yang sangat berguna untuk dipelajari. Terdapat lima asas grafik iaitu Mudah,Kesesuaian, Keseimbangan , Teks dan Warna. Hari ini saya nak buat nota sikit lah...

Mudah

  •  asas grafik mudah ini sesuatu benda yang senang untuk kita tengok atau sesuatu yang boleh di ukur. 
  • contohnya kita melihat gambar sebuah botol di atas meja.


Keseimbangan

  •  Melibatkan kedudukan imej itu. gambar yang diambil perlu sama keluasanya antara kiri dan kanan , serta atas dan bawah. supaya gambar itu tidak berada dalam kedudukan yang sepatutnya. 
  •  Contohnya kedudukan pasu bunga di atas meja. pasu itu perlu berada di tengah-tengah titik fokus sebelum gambar diambil.


Kesesuaian

  •  Setiap imej yang terhasil perlu bersesuaian dengan tempat dan konsepnya supaya gambar yang diambil akan kelihatan lebih harmoni. 
  • contohnya sekiranya kita model telekung solat amat la tidak sesuai jika kita jadikan tempat-tempat hiburan sebagai gambar latar belakangnya. sepatutnya kita ambil kawasan-kawasan yang lebih bersesuaian.


Teks

  •  Seterusnya,  penggunaan teks. penggunaan teks seharusnya dipilih secara bijak agar setiap maklumat yang hendak disampaikan boleh difahami oleh pembaca.
  •  contohnya jika majlis rasmi elakkan daripada menggunakan tulisan yang terlalu berangkai sehingga menyukarkaan pembaca untuk menyampaikan maklumat. 
  • Mungkin tulisan-tulisan seperti Times New Roman lebih sesuai.


Warna

  • Penggunaan warna juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat orang ramai. kekuatan warna dalam asas grafik boleh membuatkan sesuatu itu lebih menarik.
  • Contohnya, gambar iklan  makanan. 
  • Untuk menarik pembeli untuk mendapatkanya, penggunaan warna sangat penting kebiasaan warna seperti jingga dan merahdapat menarik perhatian pelanggan.



di situ sahaja daripada saya...jumpa di nota kedua pula ,,,

sekian terima kasih.

Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Kelas Ganti...

Hai assalamualaikum semua hari ni prof kami buat kelas secara atas talian jadi, , kami diberi tugasan untuk menunjukan proses cara-cara nak buat kalendar meja,,

Sebelum tu terima kasih kepada sahabat kerana telah membantu menjayakan video ni,,, terima kasih juga kepada teman sebiliknya sebab sudi memberi pinjamkan katil... Hehehe,,

apa-apa pun cantik wallpaper...






BBM3410/18: Ibu Atau Mami

Assalamualaikum semua...apa khabar...

hari ni aku nak cerita sikit pasal panggilan aku kepada ibu tercinta.. dalam keluarga kecilku...aku seorang je panggil mak aku tu ibu yang lain semua panggil mami..aku mula panggil mak aku tu ibu sejak umur 5 tahun dan sampai la sekarang..tak boleh ubah...tu lah masalahnya aku..

waktu kecil-kecil dulu..adik beradik aku ni suka mengusik..cakap aku ni anak buangan la, anak jumpa tepi pokok pisang la, anak tong sampah la.. macam-macam la....apa motif dia.. aku pon tak tahu...nak sakitkan hati aku la tu...urmmm...tak kisah pon..hahaha...

tapi bila ibu bercakap dengan aku dia akan bahasakan diri dia mami dan tak kan pernah sekali tertukar jadi ibu..hehe..sebab dia ajar anak-anak dia panggil mami bukan ibu..aku je pandai-pandai tukar..

sampai ibu pun pernah cakap ..yin boleh tak panggil mami...yin sorang je pelik... kenapa tak boleh tukar panggil mami..?? aku gelak je kalau ibu tanya soalan macam ni..

sebab..................

aku sebenarnya bukan tak boleh... tapi aku dah janggal dengan panggilan tu...dan aku lebih suka panggilan ibu..sebab aku rasa panggilan ibu ni dia lembut dan bahagia je dengar...tapi bukanlah maksud aku panggilan mami ni keras..tapi bunyinya lebih tegas...hehehe...


korang panggil ape??





                                              ni gambar raya tahun 2012 kat umah nenek


                             acah wanita melayu terakhir dan sudut yang paling aku suka kat umah nenek

bila tengok balik gambar-gambar dulu ni...nak je aku terjun kolam dengan persoalan kenapa lah aku rasa aku ni entah apa-apa je...



baiklah itulah dulu..jumpa lagi...assalamualaikum...

BBM3410/18: FacebookKu FacebookMu Jua

Haiii assalammualaikum,,, apa khabar semua,,, baik lama dah rasa tak kemaskini blog ini apa-apa pon kali ni ade tugasan baru pula, , tau tak...