Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18 : Minggu Kedua Asas Grafik

Pada minggu kedua,,,

Pada minggu kedua kami diberi pendedahan sekali lagi dengan asas-asas grafik sebelum melakukan aktiviti yang diarahkan pada minggu pertama.

Kami mengambil gambar-gambar yang mempunyai kesemua asas grafik yang memiliki kecenderungan terhadap sesuatu asas grafik.  Kami memilih lima gambar dan sebelum ditampal gambar-gambar tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Prof terlebih dahulu.
Setelah itu gambar tersebut perlu digunting dan ditampalkan ke atas moulting board tanpa meninggalkan kesan gelembung udara agar gambar tersebut kelihatan licin dan cantik. seterusnya saya dan ahli kumpulan yang lain perlu membuat keputusan sama ada gambar tersebut memliki salah satu asas garafik yang dominan.

Setiap nama ahli kumpulan juga perlu digunting secara teliti daripada abjad-abjad di dalam majalah tersebut. perkara ini perlu diteliti agar tidak tersalah gunting dan ditampal dengan cermat supaya tidak meninggalkan kesan gam uhu di atas moulting board.

setelah siap kesemua . moulting board akan diikat dengan reben.

bahan -bahan yang diperlukan
majalah
6 keping moulting board
gunting
pisau
gam uhu



                                                                kerjasama kumpulan


                                                                     contoh hasil


                                                                      Asas Grafik Warna


                                                                     2 bintang diperoleh

BBM3410/18: Minggu Pertama

-minggu pertama kuliah di semester akhir-


Cuba teka  minggu pertama apa yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar?.


kebiasaanya pada minggu pertama ramai pelajar yang tak hadir lah sebab masing-masing masih menyanyangi kampung halaman masing-masing. Kalau masuk kelas je mesti banyak kerusi kosong.


baiklah...jom kita ke fokus utama... Pada minggu pertama saya diperkenalkan dengan khursus-khursus baharu yang diwajibkan kepada saya dan rakan-rakan. Kebiasaanya pensyarah akan memberi sedikit maklumat mengenai khursus tersebut. Pada masa yang sama juga kami akan dijelaskan mengenai tugasan-tugasan yang akan dibuat sepanjang 1 semester. Sangat menarik.


Untuk khursus multimedia dalam bahasa. Prof Normaliza membahagikan kami kepada beberapa  kumpulan. kerana tugasan yang akan dilakukan ini memerlukan kerjasama daripada rakan -rakan sekelas.


Pada minggu pertama juga kami didedahkan dengan beberapa asas grafik. yang mana asas grafik ini dijadikan  sebagai petunjuk untuk mendapatkan gambar yang cantik. Kami diberikan arahan untuk menyediakan beberapa bahan bagi aktiviti pertama. aktiviti ini akan dibuat pada minggu kedua.



BBM3410/18 Latar Belakang..

Assalamualaikum dan selamat pagi ...boleh kita berkenalan...

Nama                Nor Aireen binti Amir  Hamzah
Tarik lahir          4 Jun 1995
Umur                 23 tahun
Asal                   Negeri Kelantan
Status                Milik keluarga lagi
Hobi                  mewarna


Pada masa kini saya merupakan pelajar semester akhir dalam khursus Bahasa Dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. insyaallah tahun hadapan saya bersama rakan-rakan akan bergraduasi di dewan yang indah. jadi...sama-sama doakan kami.

Sepanjang hidup saya bergelar pelajar, saya sangat seronok kerana saya akan belajar sesuatu yang baharu. Perkara tersebut telah memberi saya peluang untuk menerokai sesuatu yang asing untuk diri saya. Saya seorang yang ringkas personalitinya dan mudah untuk berteman.

walau apapun yang terjadi jangan pernah menoleh kebelakang dan teruskan perjuangan anda..

ringkas daripada saya sekian.......







BBM3410/18: FacebookKu FacebookMu Jua

Haiii assalammualaikum,,, apa khabar semua,,, baik lama dah rasa tak kemaskini blog ini apa-apa pon kali ni ade tugasan baru pula, , tau tak...