Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Basikal oh Basikal

Hi....blog kali ini saya nak cerita sikit tentang diri sendiri. Saya nak cerita mengenai kehidupan saya  sewaktu saya belajar di matrikulasi Gopeng Perak.... Pengalaman waktu jadi pelajar di sana sangat mencabar dan seronok. Salah satu sebabnya ialah  kawasannya sangat mendamaikan. Setiap pagi kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 4 petang aishhh,,, penat juga sebenarnya. Tetapi tidak penat sangat pun sebab saya selalu dikelililingi oleh sahabat-sahabat yang menceriakan..
saya nak berkongsi sedikit kisah yang tidak pernah saya lupa walaupun sudah hampir 3 tahun saya meninggalkan kolej matrikulasi.

Pada suatu hari  saya dan rakan sebilik kononya nak riadah ,,jadi kami pun  pinjam basikal di tempat kokurikulum ....seronok sangat waktu itu sehinggakan saya tidak sedar yang saya mengayuh basuh sewaktu menuruni bukit..akhirnya saya tak dapat nak kawal basikal tu dan terus jatuh !!! ketika itu saya terjatuh di khalayak ramai ...aduh mana hendak letak muka ini sebab terlalu malu...tetapi akhirnya saya ditolong oleh seorang pelajar,,,baik hati betul dia. Sebenarnya dulu saya tidak suka belajar di situ sebab tempatnya agak pendalaman. Jadi lama kelamaan saya pujuk hati saya  untuk kuat meneruskan perjuangan dan akhirnya saya berjaya tamatkan pengajian disana pada 28.4.2015....'

Menangis juga kerana perlu berpisah dengan rakan-rakan yang sangat menghiburkan..dan tidak tahu bila lagi kami akan berkumpul bersama. Pengalaman manis dan pahit semasa belajar di sana memang tidak dapat dilupakan sehinggalah saya sudah berada di UPM sekarang.





No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: FacebookKu FacebookMu Jua

Haiii assalammualaikum,,, apa khabar semua,,, baik lama dah rasa tak kemaskini blog ini apa-apa pon kali ni ade tugasan baru pula, , tau tak...