mungkin penulisan aku ni membosankan korang tapi...terpulang kalau korang rasa nak teruskan pembacaan sila ..dan kalau korang tak nak baca pun,,sila lah hehehe..
bila kita semakin dewasa mak ayah kita semakin tua..pernah tak kita terpikir apa yang aku boleh buat untuk balas jasa mereka...bagi aku kalau kita nak tunggu kita senang dan kaya baru kita nak balas jasa mereka ..baik simpan je hasrat tu.. sebab belum tentu kita dapat jadi kaya dalam masa satu hari...sedangkan mak ayah kita semakin hari semakin menghampiri untuk menghadap illahi....begitu juga kita...
buatlah baik dengan mereka sewaktu mereka ada.. jangan malu untuk kau cium atau peluk mereka ,,,,nanti kau nak peluk siapa kalau mereka dah tak de...dulu waktu mak ayah aku pergi umrah..aku selalu berdoa semoga Allah kurniakan mereka kesihatan yang baik dekat sana..dan aku harap Allah tak ambik mereka lagi sewaktu mereka sedang kerjakan umrah.. walaupun itu impian mereka... sebab aku nak berbakti dulu kepada mak ayah aku..walaupun aku tahu sebesar apa pun pengorbanan yang aku buat untuk mereka...aku memang tak dapat membalasnya... tapi cukup aku mengharapkan keredhaan dia ..dengan aku berbuat baik terhadap mereka...
hilang mak ayah tak de pengganti...hilang kekasih kau boleh cari ganti...
syurga aku dunia dan akhirat..
No comments:
Post a Comment