Wednesday, December 12, 2018

BBM3410/18: FacebookKu FacebookMu Jua

Haiii assalammualaikum,,, apa khabar semua,,, baik lama dah rasa tak kemaskini blog ini apa-apa pon kali ni ade tugasan baru pula, , tau tak hari ni kami kena muatnaik gambar kat Fb pulak,, hari tu kat Ig,,  kalau tak percaya korang cari la kod subjek tu kat ig,,, tengok la gambar-gambar nya,,caya lah  tak larat la korang nak tengok seme tu,   hahahaa,  korang mesti tertanya-tanya kan siapalah prof kami yang selalu disebut-sebut tu,,, meh aku perkenalkan,,

Mempersembahkan  (bunyi gendang sikit)  pandai-pandai la korang buat bunyi gendang sendiri,,     Prof yang comel.. 😊😊

                                                                    Ni la prof kami, 


               Suka tengok kulit Prof hehee.. Tak de jerawat or parut pon,,  apa rahsia,, ,



Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum,,,

sekarang ini jom kenali apa itu video tanpa wajah.

Tidak melibatkan wajah

  • Wajah tidak dibenarkan masuk sesama sekali dalam video ini. jalan cerita hanya difahami melalui pergerakan anggota badan yang lain contohnya tangan, kaki dan lain-lain. 
  • jika anda tidak mahu jadikan anggota badan sebagai fokus utama, anda boleh mengambil benda untuk dijadikan bahan utama dalam penceritaan itu.


pergerakan kamera

  • kamera boleh digerakan ke pelbagai sudut dan ianya tidak terhad kepada satu tempat sahaja. pegerakan kamera bebas untuk memudahkan penyampaian jalan cerita itu.







BBM3410/18: Video One Shot.

Assalamualaikum
nota seterusnya video one shot.

video one shot.

  • Terdiri daripa i layer,  dua layer,dan tiga layer
  • Video one shot  melibatkan kedudukan kamera sahaja. kedudukan kamera perlu berada di satu tempat sahaja.
  • Jadi penyanyi atau pelakon perlu bergerak ke arah kamera tersebut.
  • Tidak dibenarkan untuk mengedit video tersebut kecuali untuk memberi penghargaan kepada lagu atau karya asal seseorang penyanyi itu.
  • Video One Shot juga tidak boleh diberhentikan ditengah-tengah rakaman. 
  • Video seharusnya berjalan sepanjang lagu itu dipasangkan.
  • Setiap jalan cerita perlu dirancang dengan teliti agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.




sekian terima kasih.


BBM3410/18: Apa itu Papan Cerita .

Assalamualaikum kali ni saya hendak kongsi sikit mengenai papan cerita

 Awal penceritaan

  • Papan cerita dibuat untuk menentukan jalan cerita sesebuah drama atau sebagainya. dalam lakran papna cerita , penggunaan warna juga sangat membantu orang ramai untuk memahami jalan cerita.


 Memiliki muka hadapan.

  •  Muka hadapan ini akan ditulis nama produk dan nama sesuatu organisasi itu. contohnya nama organisasi itu produksi satu kosang dan di bawahnya akan diletakan gambar produk seperti bag, baju, kasut dan lain-lain bergantung kepada apa organisasi itu hendak hasilkan.


 halaman kedua

  •  diletakan nama dagang, jenis-jenis barang yang hendak dijual dan sedikit kata-kata daripada pihak editor sekiranya perlu.


Halaman ketiga hingga ke sembilan

  • Ini jika papan cerita itu dibuat sebanyak 10 keping. Halaman ketiga akan diisi dengan gambar-gambar atau lakaran jalan cerita yang hendak disampaikan. 
  • Contohnya, jenis-jenis bag tangan. Jadi di halaman ini akan direka beberapa jenis beg tangan yang dikeluarkan oleh syarikat itu.


 Halaman yang terakhir sekali,

  •  Mengandungi  koleksi produk-produk keluaran terbaharu dan alamat yang boleh dihubungi.



BBM3410/18: Nota Ringkas Asas Grafik

Assalamualaikum...
jom baca nota saya jap.. tajuk hari ni asas grafik tau,,


Asas grafik merupakan satu ilmu yang sangat berguna untuk dipelajari. Terdapat lima asas grafik iaitu Mudah,Kesesuaian, Keseimbangan , Teks dan Warna. Hari ini saya nak buat nota sikit lah...

Mudah

  •  asas grafik mudah ini sesuatu benda yang senang untuk kita tengok atau sesuatu yang boleh di ukur. 
  • contohnya kita melihat gambar sebuah botol di atas meja.


Keseimbangan

  •  Melibatkan kedudukan imej itu. gambar yang diambil perlu sama keluasanya antara kiri dan kanan , serta atas dan bawah. supaya gambar itu tidak berada dalam kedudukan yang sepatutnya. 
  •  Contohnya kedudukan pasu bunga di atas meja. pasu itu perlu berada di tengah-tengah titik fokus sebelum gambar diambil.


Kesesuaian

  •  Setiap imej yang terhasil perlu bersesuaian dengan tempat dan konsepnya supaya gambar yang diambil akan kelihatan lebih harmoni. 
  • contohnya sekiranya kita model telekung solat amat la tidak sesuai jika kita jadikan tempat-tempat hiburan sebagai gambar latar belakangnya. sepatutnya kita ambil kawasan-kawasan yang lebih bersesuaian.


Teks

  •  Seterusnya,  penggunaan teks. penggunaan teks seharusnya dipilih secara bijak agar setiap maklumat yang hendak disampaikan boleh difahami oleh pembaca.
  •  contohnya jika majlis rasmi elakkan daripada menggunakan tulisan yang terlalu berangkai sehingga menyukarkaan pembaca untuk menyampaikan maklumat. 
  • Mungkin tulisan-tulisan seperti Times New Roman lebih sesuai.


Warna

  • Penggunaan warna juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat orang ramai. kekuatan warna dalam asas grafik boleh membuatkan sesuatu itu lebih menarik.
  • Contohnya, gambar iklan  makanan. 
  • Untuk menarik pembeli untuk mendapatkanya, penggunaan warna sangat penting kebiasaan warna seperti jingga dan merahdapat menarik perhatian pelanggan.



di situ sahaja daripada saya...jumpa di nota kedua pula ,,,

sekian terima kasih.

Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Kelas Ganti...

Hai assalamualaikum semua hari ni prof kami buat kelas secara atas talian jadi, , kami diberi tugasan untuk menunjukan proses cara-cara nak buat kalendar meja,,

Sebelum tu terima kasih kepada sahabat kerana telah membantu menjayakan video ni,,, terima kasih juga kepada teman sebiliknya sebab sudi memberi pinjamkan katil... Hehehe,,

apa-apa pun cantik wallpaper...






BBM3410/18: Ibu Atau Mami

Assalamualaikum semua...apa khabar...

hari ni aku nak cerita sikit pasal panggilan aku kepada ibu tercinta.. dalam keluarga kecilku...aku seorang je panggil mak aku tu ibu yang lain semua panggil mami..aku mula panggil mak aku tu ibu sejak umur 5 tahun dan sampai la sekarang..tak boleh ubah...tu lah masalahnya aku..

waktu kecil-kecil dulu..adik beradik aku ni suka mengusik..cakap aku ni anak buangan la, anak jumpa tepi pokok pisang la, anak tong sampah la.. macam-macam la....apa motif dia.. aku pon tak tahu...nak sakitkan hati aku la tu...urmmm...tak kisah pon..hahaha...

tapi bila ibu bercakap dengan aku dia akan bahasakan diri dia mami dan tak kan pernah sekali tertukar jadi ibu..hehe..sebab dia ajar anak-anak dia panggil mami bukan ibu..aku je pandai-pandai tukar..

sampai ibu pun pernah cakap ..yin boleh tak panggil mami...yin sorang je pelik... kenapa tak boleh tukar panggil mami..?? aku gelak je kalau ibu tanya soalan macam ni..

sebab..................

aku sebenarnya bukan tak boleh... tapi aku dah janggal dengan panggilan tu...dan aku lebih suka panggilan ibu..sebab aku rasa panggilan ibu ni dia lembut dan bahagia je dengar...tapi bukanlah maksud aku panggilan mami ni keras..tapi bunyinya lebih tegas...hehehe...


korang panggil ape??





                                              ni gambar raya tahun 2012 kat umah nenek


                             acah wanita melayu terakhir dan sudut yang paling aku suka kat umah nenek

bila tengok balik gambar-gambar dulu ni...nak je aku terjun kolam dengan persoalan kenapa lah aku rasa aku ni entah apa-apa je...



baiklah itulah dulu..jumpa lagi...assalamualaikum...

Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Minggu 9

Assalamualaikum

baik hari ni aku nak berkongsi sikit mengenai tugasan video yang kedua iaitu One Shot Two Layer..
bagi yang dah tahu apa benda tu..kira baguslah...tapi aku ni pun baru tahu tadi dalam kelas..tapi sebelum tu pernah jugaklah tengok-tengok kat youtube macam mana..

dia macam ni...dalam video tu dia kena seorang kena menyanyi dan seorang lagi kena berlakon.ikut kreativiti la nak buat macam mana asalkan jadilah video tu...kami sekarang tengah bincang-bincang lagi nak buat lagu apa dan tengah susun jalan cerita lagi..

nampak macam menarik..tapi tak tahulah sama ada menjadi atau tidak lakonan kami nanti...harao-harap semuanya baik-baik sahaja....dan yang paling penting aku malu sebenarnya nak berlakon-berlakon ni sebab aku memang tak reti dan tak boleh nak menghayati watak dengan baik...nasib la cita-cita aku buka nak jadi pelakon...kalau tak hancur industri tanah air nanti....

aku asa tu je kut aku benda yang aku nak kongsi mengenai tugasan...nanti kita bertemu lagi...

assalamualaikum..

                                           baru kalut nak cari watak masing-masing

 
                                                          bunga  untuk awak fazilah


                                                            buat apa tu kak oii

Wednesday, November 7, 2018

BBM3410/18: Jom Menari

Selamat pagi....

adakah anda pernah dengar "One Shot Video"??

aku bab-bab nak menari ke berlakon ke memang malu dan tersangat la malu..aku lebih suka duduk belakang-belakang tabir je..tapi nak buat macam mana semua ahli kumpulan kena terlibat..jadi ko malu ke ..ko teruja ke..terserah kau...janji video siap...dan biasa lah aku memang gelak la bila tengok video sendiri ...bukan gelak kat diri sendiri tapi tolong gelak untuk orang lain...haha...macam-macam gaya tarian ada ..jadi anda boleh tengok la di youtube,,,cari sendiri lah apa nama kumpulan aku tu..memang tak lah aku nak letak kat sini...Malu arr hahaha...

bukan satu video je tau..lepas ni berbelas-belas video akan dimuatnaik kat Youtube tu...lepas ni aku tak tahulah apa pulak kena buat..banyak kejutan tau..nasib jantung aku dalam keadaan yang baik lagi..haha

video tu macam kau kena letak kamera satu tempat je..tak boleh gerak-gerak,,,kau yang kena gerak dan kena pandai la nak susun macam mana tarianya supaya tak nampak bosan..

jadi kami dah buat dah..anda bila lagi...,


kalau zimah tengok gambar ni mau dia kejar aku..


                                           orang tengah berlatih..dia boleh duduk jer..

BBM3410/18:Cicipan...

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku nak kongsi sikit la,,, aku ni memang penggemar masakan nenek,,, walaupun nenek aku hanya buat air teh jer,, air tangan dia berbeza tau, tak de orang boleh masak macam dia,, termasuk lah anak-anak dia tu,, hari tu sebelum balik upm, nenek aku buatkan kuih, , dah lama tau nenek aku tak masak sebab kaki dia sakit-sakit sikit, jadi anak-anak je lah yang masak untuk dia sekarang ni..

Bertuah rasa .. sebab jadi cucu kesayangan ni hahaha

Sayang nenek aku, , dia sorang je lagi nenek yang aku ada,,  nak tunggu aku masak untuk nenek aku,  jawabnya ke tong sampah dulu la,,, sebab nenek aku sangat cerewet orangnya, ,

                       Kegemaranku....

#SempenaAkuBalikKampung

Sekian terima kasihh, 

Selamat malam...






BBM3410/18 Minggu Lapan

Assalamualaikum semua..

sekarang kan dah habis waktu cuti kan..urmm jadi sebagai pelajar tu tolong la bawak mengucap sikit tolong la pulang ke upm dan imbau lah kembali bentuk-bentuk pintu pagar kolej UPM ni supaya tak sesat....sudah-sudah la menghayati suasana kampung tu...

baik... kan hari tu kami semua dah berpakat nak buat kelas secara atas talian kan,,,jadi..korang nak tau tak apa tugasan nya??

kebetulan Prof kami masuk tv hari isnin baru-baru ni..jadi tugasan dia kami kena ambik gambar prof dan muatnaik kat IG...hahaha..macam-macam gambar budak linguistik ni muatnaikan...redha lah prof kalau-kalau ada gambar yang Prof tak berkenan...

ringkas je tugasan nya tapi yang mencabar tu...kami kena korbankan waktu lena kami kejap sebab nak tunggu slot Prof kat Alhijrah tu...haha tapi tak pe,,,kami redha..hahahaha

nak tengok tak gambar prof...

               Hi prof... Teruja saya tengok prof

Comel je prof.. 

Thursday, November 1, 2018

BBM3410/18: Amboi Tengok Jer,,,

Assalamualaikum korang semua...hari ni aku nak kongsi sikit mengenai bagaimana layanan kita kepada ibu bapa...hah macam mana layanan korang?? ada bagus kah?? aku ni bukan lah anak yang baik sangat pun tapi aku akan cuba jadi yang terbaik..

mungkin penulisan aku ni membosankan korang tapi...terpulang kalau korang rasa nak teruskan pembacaan sila ..dan kalau korang tak nak baca pun,,sila lah hehehe..

bila kita semakin dewasa mak ayah kita semakin tua..pernah tak kita terpikir apa yang aku boleh buat untuk balas jasa mereka...bagi aku kalau kita nak tunggu kita senang dan kaya baru kita nak balas jasa mereka ..baik simpan je hasrat tu.. sebab belum tentu kita dapat jadi kaya dalam masa satu hari...sedangkan mak ayah kita semakin hari semakin menghampiri untuk menghadap illahi....begitu juga kita...

buatlah baik dengan mereka sewaktu mereka ada.. jangan malu untuk kau cium atau peluk mereka ,,,,nanti kau nak peluk siapa kalau mereka dah tak de...dulu waktu mak ayah aku pergi umrah..aku selalu berdoa semoga Allah kurniakan mereka kesihatan yang baik dekat sana..dan aku harap Allah tak ambik mereka lagi sewaktu mereka sedang kerjakan umrah.. walaupun itu impian  mereka... sebab aku nak berbakti dulu kepada mak ayah aku..walaupun aku tahu sebesar apa pun pengorbanan yang aku buat untuk mereka...aku memang tak dapat membalasnya... tapi cukup aku mengharapkan keredhaan dia ..dengan aku berbuat baik terhadap mereka...

hilang mak ayah tak de pengganti...hilang kekasih kau boleh cari ganti...


          syurga aku dunia dan akhirat..




BBM3410/18: Asam Laksa

Assalamualaikum selamat tengah hari...

dah makan ke...masak apa jerr...??

baik sama ada hangpa dah makan ke belum ke aku nak jugak  memperkenalkan kat hangpa satu restoran ini ...nama dia Asam Laksa...setakat yang aku dah pernah cuba la masakan kat situ... okay lah semua...boleh makan dan sedap jugak... selalunya aku makan ais krim, ABC, western food...dan banyak lagi sebenarnya..tapi orang macam aku ni bukan suka sangat mencuba benda baru..jadi aku lebih suka benda yang dah biasa makan....

tapikan aku rasa perkhidmatan dia lambat sikit sebab banyak kali jugak aku tekan butang 'Call',,,, nak tanya makanan aku siap ke belum.. walaupun macam tu nasib baik makanan dia sedap..hahaha

aku nak syorkan kepada hangpa semua pergilah cuba makanan kat sana...tapi kalau makanan melayu aku tak pasti sangat la macam mana rasanya...tapi tak salahkan mencuba...


                                                  sebenarnya nak yang lain tapi dah habis...



                             yang ni aku ada post dalam ig,,,kali ni dalam blog pulak..aku suka yang ni.



baik tu je... aku nak pergi sambung buat blog lain pulak....jumpa nanti...
bye..






BBM3410/18: Cuti Semester Bermula...

Assalamualaikum semua,,,apa khabar...rasanya lama tak mengemaskini blog aku ni..jadi minggu  ni semua pelajar balik kampung tau sempena cuti pertengahan semester... walaupun bunyinya macam seronok dapat balik kampung...hakikatnya tad de lah seronok seperti digambarkan...sebab kepulangan kami ini diringi dengan tugasan-tugasan ..

macam biasa...kena muatnaik gambar dekat ig, muatnaik status dekat twitter yang sampai sekarang aku tak reti nak main twitter ni...dan macam-macam lagi...tapi dah jadi lumrah kehidupan,,jadi kami semua redha...

ada lagi...hari tu kami sepakat nak buat kelas hari isnin nanti yang 5hb.11....dalam bentuk atas talian....bukan senang yer rakan-rakan nak tukar kelas tu kami disuruh oleh prof buat tanda 'OK' guna tangan...cukup 80 orang baru kelas tu akan ditukar kepada atas talian....jadi masing-masing sedaya upaya menjayakan misi tersebut termasuklah aku....

                Dapat tidur dengan lena bila dapat Like daripada Prof


siap dapat komen lagi...prof gelang tu dapat hadiah orang bagi..


                                                         
            ni lah aktiviti tu...aku waktu ni dalam kereta nak balik kampung
                                           


dan bukan sampai situ je tau...nak tau keputusanya kau kena pergi baca blog prof..nasib baik aku ada internet sendiri waktu tu...boleh la aku baca...dan cer teka apa jawapan prof..

Prof suh balik upm!!! kau rasa....kecewa kejap aku...

hahaha tapi tu perasaan mula-mula...bila baca bawah-bawah lagi prof cakap apa tau..

Dah pergi sambung makan masakan mak tu......kau rasa..gembira sangat ...

tq prof kerana memahami perasaan insan kerdil ini....dan KELAS ATAS TALIAN menunggu kami hari isnin nanti...


dah situ je..nanti sambung lagi...sekian

Assalmualaikum

Tuesday, October 23, 2018

BBM3410/18: Twitter oh Twitter


selamat pagi semua..

Tajuk kita pada hari ini twitter...aku ni dah lama main media sosial tapi twitter la paling aku tak reti..mungkin aku tak biasa..aku baru muat turun twitter tahun ni 2018...dan baru nak belajar main benda tu..tu pun sebab Prof suruh muat turun kalau tak memang tak ada la akaun twitter dalam telefon aku...jadi syarat main twitter dalam kelas kami ni ..kami kena 'tweet' 1 'post' setiap minggu dan kena 'retweet' pula kawan punya 'post',,,, kau tau tak aku sebenarnya tak tahu ikon-ikon yang ada kat dalam aplikasi tu..aku main buat je...sehingga lah kawan-kawan aku yang ajar... terasa diri ni entah apa-apa sangat...

aku rasa adik-adik bawah aku lagi hebat bab-bab macam ni...tapi aku tak kesah pon...aku lebih suka instagram...senang.. tengok gambar je...pastu gelak sorang-sorang..

tu je kut nak kongsi..jumpa lagi...
 terima kasih sebab sudi meluangkan masa...

                         Terbaharuuu

Betul ape dia cakap


retweet nora punya



tweet ke tiga aku dalam twitter


    waktu baru tahu tentang 'night mode'






BBM3410/18: Kejutan

Hai...apa khabar shat ke...?

baiklah...hari ni aku nak cerita sikit ada suatu hari tu aku tertidur tau...sebab mengantuk sangat aku pun tak tahu apa benda yang merasuk aku waktu tu...jadi aku pun tidurlah dengan amanya,,,,pastu aku terbagun sebab rasa macam panas betul bilik aku tu...dah bagun apa lagi telefon dulu la aku bukak sebab nak tengok jam...tapi bukan jam je aku tengok...aku dapat pemberitahuan daripada instagram yang Prof 'likes' aku punya tugasan...hahah terus segar waktu tu...aku pun dengan bangga 'screenshot' gambar tu dan hantar dekat kawan-kawan aku...sekali kawan-kawan aku pun dapat benda yang sama....baru nak rasa bangga kejap...

tu lah kejutan ...tak silap aku dah lama dah kami buat tugasan tu tapi Prof baru bagi tindak balas...haha..tak kesah lah asalkan Prof dah 'LIKE' tugasan aku...

dah sambung lain pulak...assalamualaikum





terima kasih Prof





terima kasih Prof



                                                             
                                                                  terima kasih Prof



























BBM3410/18: Minggu Ketujuh

Assalamualaikum...

Baiklah pada minggu ketujuh ni kami diperkenalkan dengan satu program iaitu adobe photoshop..sebenarnya aku dulu pernahlah main benda-benda ni tapi dah lama dah..memang sekarang ni merangkak balik la nak guna photoshope ni...satu benda kau kena ajar diri kau waktu guna benda ni ialah kesabaran...agak leceh juga tapi kalau kau padai guna alatan-alatan tu kau akan rasa
seronok...kami sebenarnya kena buat kalendar meja...haha nanti kalau kelendar meja aku siap ..aku letak gambar kat sini..walaupun tak cantik tapi baik ada lah daripada tak da tu...tema kalendar aku mengenai lautan...semua laut...ada sebab kenapa aku pilih laut..sebabnya laut ni boleh bagi kau ketenangan saat kau tengah serabut... aku rasa itu je lah dulu perkongsian aku..jumpa nanti pulak..
tak tahulah aku mampu bertahan ke tak dengan adobe photoshop ni...aku ni sebenarnya memang tak reti benda-benda yang melibatkan IT ni...kalau jadi tu kira nasib la...



ni la contoh kalendar meja..




Monday, October 15, 2018

BBM3410/18 Klik Sini

Hai semua ..anda pernah putus cinta ke..? sabar la kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum..

persoalan dia..kenapa kita tak boleh nak teruskan hidup tanpa dia..ni bukan kita .. aku maksudkan kau. tolong lah jangan seksa hati kau ... kalau dia boleh tinggalkan kau ..kenapa kau tak boleh nak cukup pintar untuk melupakan dia. aku faham memang susah untuk kita lupakan seseorang yang dah hadir dalam hidup kita.  tapi pernah dia fikir pasal pengorbanan kau.. cukup-cukup lah biarkan hati kau disakiti.. Allah bagi perasaan dan sekeping hati bukan untuk di sia-siakan..tapi  kau jangan lah rasa macam tak ada harapan lepas putus cinta.. bagi aku tu merupakan sejarah yang pernah terlakar dalam hidup kita... jadi apa kita perlu buat sekarang cuba kau cari titik baru yang boleh membawakan kau kepada cinta yang benar.

tak payah lah nak sedih-sedih...sedih hari putus tu je takpe lepastu cari balik kekuatan kau..
aku ucapkan kau jumpa seseorang yang sesuai dengan kau..

kadang-kadang bahasa Pencipta itu berbeza.

sekian...



BBM3410/18 Zaman Baik-baik Dulu

selamat pagi aku ucapkan kepada pembaca ...apa khabar sihat ke??

Hari ni aku nak kongsi sikit lah zaman aku sekolah-sekolah dulu..aku ni tak de lah baik ..nakal-nakal tu biasalah..tapi aku tak pernah ponteng kelas ye selama aku jadi pelajar sekolah.... sampai sekarang kan aku macam tak percaya yang sahabat-sahabat aku yang dari sekolah tu masih lagi berkekalan sampai sekarang..aku rasa lama jugak aku kenal mereka dalam 14 tahun mcam tu aku bersahabat. kalau orang lain mungkin ada yang pergi dan digantikan tapi aku pun tak tahu kenapa mereka tak nak pergi dalam hidup aku...dan aku pun tak nak mereka hilang daripada hati aku...haha..

bila aku tengok kenangan waktu sekolah dulu...aishh jauh bezanya dengan aku yang sekarang hahhaaha..tak de la jauh sangat pun...tapi ada lah perbezaanya tu..

waktu ni tingkatan lima hehe semua acah "pelajar terbaik"


                                                      waktu ni aku jadi setiausaha kelas

                                                      labuh tudung ..sekarang bidang 45 je ...


dia ni dari darjah 2 aku kenal dan waktu ni kami dah 20 tahun




BBM3410/18 Minggu Enam

Assalamualaikum...terima kasih sebab sudi menjeguk blog ni...jadi hari ni ape je ye nak kongsi dengan korang..

sekarang dah masuk minggu enam,,jadi prof kami mintak kami semu abuat fotografi lagi tapi dalam bentuk penceritaan. penceritaan tu pulak berdasarkan simpulan bahasa...haa nampak mudah kan tapi sebenarnya sukar juga sebab kita kena pastikan mesej yang nak disampaikan tu betul-betul sampai.

jadi itulah tugasanya. nampak macam mudah tapi agak sukar juga sebab kau bukan boleh main pilih je simpulan bahasa yang ada...apa yang penting ko kena fahamkan maksudnya dulu.

dah jom main teka teki jap...tengok dulu gambar bawah ni dan  lepastu baru tengok jawapan...

ni semua lakonan je tau bukan betul-betul...haha nanti marah kawan-kawan aku..

                                                                                  (a)

                                                                                  (b)

 
                                                                                 (c)

                                                                                (d)


jawapan
a- berat tulang
b- kaki borak
c-kutu embun
d-makan suap




                                                                     

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18 Ayam Korea katanya



Hi pembaca setiaku...coretan ini khas buat anda

Hari tu kawan-kawan aku semua mengidam nak makan KFRY yang dekat ioi tu...urmm jom lah sebab dah lama rancangkan..nanti risau juga kalau lama-lama lagi mungkin terus tak jadi..sebelum, hari kejadian itu kami berlima ni dah buat keputusan nak makan apa..siap tulis kat buku lagi..dan biasalah bila dah nama pelajar..mestilah bajet ikut pelajar kan...tapi kami ni berbeza sikit,,semua belagak macam dah keja...main ambik jer semua menu yang terasa nak makan.

pukul 10 kami gerak dari kolej lepastu sampai di ioi kejap je perjalanan tu...kami pon jalan-jalan keliling ioi sekejap...sampai di KFRY ..urmm mak ai panjangnya beratur ..haha tapi sabar je lah dah nak makan sangat...tunggu punya tunggu nombor 31 korang...urmm sabar lagi. kami pon tunggu sampai nombor kami dipanggil.

masa hidangan.....
teruja sangat tengok keju meleleh-meleleh ..tapi setiap sorang makan satu ketul ayam je...sebab pedas sangat Allah je tahu... semua dah kenyang tiba-tiba..kalau tak dari kolej lagi berbunyi aku nak makan tu la aku nak makan ni la..akhir sekali semua tak nak makan..bungkus bawak balik...sampai malam kut kami makan ayam tu...lepas hari tu kami dah tak nak makan lagi..nampak sedap tapi pedas betul..lain kali kalau nak makan pastikan anda pilih menu yang betul yer.. nasib tak sakit perut...kalau anda anda cadangan tempat yang sedap boleh komen yerr...

aku rasa tu je lah coretan hari ini sehingga jumpa lagi..assalamualaikum


                                                  
                                                              tengok panjangnya...


                                     
                                       muka acah bahagia sebenarnya penat beratur panjang..



BBM3410/18 : Mandi Air Terjun

Hi awak ..ye awak yang sedang membaca tu....

kembali lagi kita yerr..baik kisah hari ini pula aku nak nberkongsi pengalaman aku pergi mandi air terjun dengan kawan-kawan dekat Lata Bijih..mesti korang tanya dekat mana itu. kat kelantan jer ..
jom la datang air dia sejuk sangat. kami ni memang la perempuan tapi hati mesti ada berani ... ketika tu kami pergi dua buah kereta sahaja ..semua perempuan. tapi jangan risau kat situ ramai sangat orang pergi mandi manda sampai kami tak de tempat nak duduk...tapi tu bukan penghalang yerr..kami mendaki bukit-bukit kat situ dan terjumpa satu..tapi agak terpencil....tapi masih ramai orang yang mandi kat situ..jadi tak risau sangat lah..kami buat aktiviti bakar-bakar ayam sikit..dah lama rancang tapi asyik tak menjadi jer..biasa lah bila kita rancang lama-lama ni pengakhiranya begitu lah..faham-faham sendiri yer...

kami pergi tu 2 minggu sebelum semester baru bermula...nak luangkan masa bersama sahabat-sahabat yang dari sekolah berkawanya. memang susah sebenarnya nak berkumpul sama-sama sebab semua dah ada komitmen sendiri...jadi kene faham la...apa-apa pun aku sayang semua sahabat aku..walaupun aku ni bukan lah reti sangat nak ucap sayang haha..sabar je lahh..

bila dah lama tak jumpa air ni..semua macam teruja sangat haha...biasalah dah umur 23 tahun ini perangai lebih macam kanak-kanak..kadang-kadang tu kalah budak kecik sebab kami yang mendominasi hahah...

tu je kut share terima kasih semua nanti aku kemaskini lagi yer ...kat bawah ni ada gambar jangan baca separuh jer..rajin-rajin la tengok kat bawah sikit..

                                                                sejuk sebenarnya tu
                                                         
                                                             sedap betul ayam ni

pandai ke akak-akak kita ni hidupkan api

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 Minggu Kelima

Assalamualaikum pembaca setia blog ini..terima kasih sebab sudi melawat anakanda di sini
baiklah apa pulak kejutan daripada Prof kami ini...hurmm nantikannya...Kan hari tu prof pergi singapura...habis tak kan la lama sangat pergi kan ..jadi prof pun dah balik Malaysia dan jumpa kami anak-anak comel ni..comel kerr?..

kami ingat dapatlah ole-ole dari Singapura tapi lain pulak kami dapat...cuba teka dapat apa...kami dapat tugasan baru...Alhamdulillah tugasan baharu. Tugasan kali ini berkenaan dengan fotografi juga tapi berbeza sikitlah kami kena buat Flatlays...tahu tak apa itu flatlay ? nanti tunggu kat bawah ini akan saya  sertakan gambar..tengok yer..tugasan kali ini kami kene kena cari banyak juga produk. sebab ada 4 jenis flatlays dans etiap flatlays itu ada 5 gambar...jadi bayangkanlah bagaiman kami nak cari barang-barang tu dalam masa kurang 2 jam sebab tarikh akhirnya tu pada pukul 12.30,,,kelas dengan Prof pukul 10 tau. bukan gelabah lagi kami mencari sampai habis bunga-bunga dekat fakulti ini dicabutnya. budak-budak ini dah cabut biarkan macam tu...kesian mak-cik-makcik tukang bersih tu ...sabar ye mak cik..maafkan kami.

walaupun tengah kelam kabut akhirnya kami berjaya siapkan tugasan tu,,,harap Prof terima la..Prof terima tau hehhe..insyaallah menjadi

                                                                   Ni Quater Flatlay

                                                                        Zero Flatlay

                                                                        Half Flatlay

Flatlay

sampai macam tu sekali


gigih cari sudut yang cantik
                                                                 
cer terka barang apa tu

BBM3410/18 Minggu Keempat..

Assalamualaikum

email  aku dibuang dalam senarai email Prof...Prof cakap kalau tidak ikut  apa yang Prof nak...nasib la...urmm jadi..melayang lah 10 markah aku tu...banyak juga tu. Waktu itu Prof di Singapura jadi kami diberikan tugasan melalui Putrablast. Memang kami ni sering diberikan kejutan oleh Prof dan semestinya Prof berjaya buat kami terkejut....Satu lagi Prof selalu mengajar kami erti redha ..Kalau kami tidak redha maka bertambahlah lagi tugasan kami. jadi adakah redha kami ini satu keterpaksaan??... Tidak lah kami sedia Prof buat apa sahaja ...

kalau boleh aku kongsi sikit la pasal  apakah tugasan itu. tugasan itu lebih kepada persepsi kami terhadap media sosial di dalam buku BOOM. Buku itu Prof dan sahabatnya yang tulis jadi kalau anda nak tahu apa isi kandungan itu boleh lah mesej Prof sendiri. Dalam buku tu,,Prof cakap dia tak suka gambar hadapan tu....tapi kami tengok comel jerr,,,(ayat nak markah lebih ni) hehe.

yang mencabar sikit tugasan tu kami kena hantar melalui email di a
ntara pukul 2 hingga pukul 3. itu sahaja tarikh penghantaran tugasan. memang kami ini siap-siap la bersedia nak tekan hantar je kat depan laptop tu...nak jadi yang terpantas lah kononya...tapi akhir sekali kena buang...anada rasa? pastu tertiba pulak kami semua dapat email daripada boxbe...apa itu boxbe teman-teman? kami dah sedaya upaya hantar dan periksa balik tapi kami tetap gagal...terima kasih boxbe...lepas itu, kami ambil keputusan untuk terus redha dan tawakal.

sekian terima kasih.
ikhlas daripada penghantar email yang gagal.


aku tak tau apa benda ni



BBM3410/18: FacebookKu FacebookMu Jua

Haiii assalammualaikum,,, apa khabar semua,,, baik lama dah rasa tak kemaskini blog ini apa-apa pon kali ni ade tugasan baru pula, , tau tak...